Rabu, 5 Jun 2013

Awas dengan Keropok lekor ! Lihat dahulu sebelom makan..

ayam

Yumm yumm.. sedapnya keropok lekor.. huhuhu.. my pebret tu.. Siap ada memori indah lagi dengan nama keropok ni.. Ingat pula, zaman darjah 6 dulu.. makan keropok lekor dalam kelas ketika cikgu Wan Chik (guru matematik) sedang mengajar.. tut.. tut.. sekali ciktu nampak admin tengah kunyah keropok.. start dari tu admin dapat gelaran Mek Kepok... huhu.. tapi tu memori indah..

Apa kena mengena dengan tajuk atas tu? "Awas dengan Keropok lekor ! Lihat dahulu sebelom makan"..

ohh..
Why?...why??
Where?
who?
what?

ha.. dah dah.. tak perlu tanya macam tu.. apa yang admin nak pesan adalah hati-hati ketika beli keropok lekor kat kedai atau kantin sekolah.. tengok-tengok dulu sebelum beli, sebab admin dah terkena peristiwa pahit.. 

Tengok-tengok lah takut kalau-kalau takut ada ulat, terutamanya keropok yang tak tertutup rapi.. Jangan jadi macam admin, dah telan tiga batang keropok lekor, lepas tu baru nampak ada ulat merayat kat keropok.. aduhai.. nasib baik tak jadi apa-apa pada admin.. 

Walau bagaimana pun, keropok lekor ni okey je.. cuma jangan biarkan dihinggap lalat je.. adoyai.. hehehe :)

Panas: Zizan Raja Lawak ada kembar di luar negara?

Wah.. panas.. panas nya boleh meletop!.. Haha.. mesti korang tertanya-tanya kan? Sebenarnya, ini bukan cerita sensasi pun.. Saja je admin buat artikel ini, sebab admin ada terjumpa gambar yang seiras Zizan raja Lawak..

Seperti yang kita semua tahu, zizan raja lawak ni rakyat Malaysia tulen.. haa.. Orang Terengganu lagi.. Boleh order keropok lekor sekilo.. haha.. Admin memang minat makan keropok lekor, peh.. best kalau dapat makan cicah sos cili.. Tapi ada satu peristiwa yang buat admin jadi kurang minat keropok lekor ni.. :( 

Eh eh Stop!.. Tersasul pasal keropok lekor pulak.. topik utama artikel ini kan pasal Kembar Zizan.. hehe.. aduhai.. Nak tengok siapa yang ada rupa seiras Zizan Raja Lawak kita? Ha.. ini dia..
Zizan Raja Lawak
KEPADA: ZIZAN RAJA LAWAK
Mohon Abang Zizan Izinkan untuk letakkan gambarnya ini disini
dan kembarnya.. jeng.. jeng.. jeng.. yang pertama dari kiri..
Band From other Country
TO: WHO ARE IN THE PICTURE 
I hope I will get permission from you guys, because I paste your picture here
Bagi admin, diorang ada rupa yang seiras.. Tapi mungkin korang tak rasa macam tu kan? apa-apa lah.. :)

Ahad, 2 Jun 2013

Tic Tac Scare

WARNING! Permainan ini tidak digalakkan bagi pengidap sakit jantung atau ketika berseorangan.

Komen Pengguna Facebook Ke Atas Gambar Seorang Gadis

Gambar ni admin snap daripada Facebook. Admin tak nak malukan siapa-siapa. Tapi admin nak kongsi ini sebagai hiburan sahaja, jangan lah kita serius sangat. Kepada pengguna facebook dalam tu, admin minta maaflah sebab admin snap gambar korang tanpa korang sedari. Tuan empunya badan sahaja yang akan mengenalinya.

Gambar ini adalah komen yang diberikan ke atas gambar seorang gadis. Tapi admin tak nak cerita pasal tu, nanti jadi isu pula. Kat sini ada 2 kes yang menarik minat admin untuk kongsi dalam blog ni...


Aduhai Encik Al Izwan, kamu dah terkena la.. haha.. (bang.. bang.. boom). Tula cakap orang dalam gambar tu erk, kan dah kena diri sendiri.. hehe... Cuba baca apa yang Ahmad Syarbini Mat cakap.. Faham tak maksud dia? Maksud Ahmad Syarbini tu sebenarnya, mesej yang disampaikan oleh Al Izwan tu ditujukan pada orang yang komen dalam tu, termasulah diri dia sendiri.. Haha..

Kes kedua pulak, yang bawah tu ikot serta pula.. haha Baik benor erh jang.. nak jadikan drama pulak ye kat situ.. Memang cantik tertarik menarik kau memang deboom r.. korang punya story ni. Memang dah jadi story la, Agak-agak, kalau admin nak jadi orang ke 6 tu macam ne erk? Admin nak balas apa dalam komen tu? 

Apa-apa pun, kalau tuan punya badan baca ni, jangan marah ye? Hehehe.. :P Motif?
Admin pun tak tahu apa motif admin wat macam ni.. haha.. Yang admin tahu, 
motif dan juga peluang.. Okey, sekian untuk artikel ini.. See you later.. ;)

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.



Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Jika anda serius nak kuruskan badan, saya syorkan anda miliki sistem diet kamikaze ni yea.


Copied From: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz2V2qETWI2

Hehehe, jangan marah ye admin kat sana.. :] (Sharing Is Caring)